KOK

KOK

Selasa, 25 Maret 2014

Lelaki Bina Kereta Lamborghini Selama 10 Tahun


Sure it took this guy 10 years to gather the right parts and finish the model, but I’m sure he doesn’t regret one second of that time. It is 100% hand-built out of aluminum over a wooden buck, with an aluminum interior with leather dashes and Momo sport seats. It has the exact size of an original Lamborghini Countach, as  the builder used a real one for measurement.





Landasan Keretapi Paling Extrem Di Dunia


Rakaman video dibawah menunjukkan kereta api melalui hanya beberapa inci dari pintu depan orang-orang yang tinggal di ibu kota Hanoi.

Hanoi terkenal dengan bangunan dan jalan-jalan sempit. Kerana stesen kereta utama berada tepat di tengah-tengah bandar, maka tak hairanlah jika rel kereta api melewati jalan-jalan yang sibuk.

<iframe width="560" height="315" src="//www.youtube.com/embed/OxOi_P1zdAo" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Budak 3 Tahun Berdebat Dengan Ibunya Minta Cupcake


Kanak-kanak kecil biasanya memang sudah memasuki masa di mana ia mampu berfikir logik. Seperti meniru apa yang dilakukan orang tuanya, meminta sesuatu atau mempertahankan pendapatnya.

Perkara ini seperti yang dilakukan oleh seorang budak kecil bernama Matthew. Dalam video di bawah, Matthew cuba menjelaskan dan membela dirinya di depan ibunya yang bernama Linda.

Lihat gayanya yang mirip orang dewasa . Ia juga meniru ayahnya untuk memanggil ibunya dengan sebutan 'Linda' dan 'Honey'. Pada kebasaannya anak kecil suka memanggil ibunya 'Mom'.

Matthew juga mendesak untuk minta didengar, "Listen to me .. Listen to me .." ujarnya. Sebenarnya ketika merakam video ini, Linda tertawa melihat tingkah anaknya. Namun ia berusaha kelihatan serius kerana kagum dengan tingkah anaknya.

<iframe width="420" height="315" src="//www.youtube.com/embed/aFYsJYPye94" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
      
Video lucu ini meraih perhatian Youtubers sebanyak 5 juta view dan membuat si kecil Matthew diundang bersama dengan ibunya ke acara talkshow Ellen DeGeneres.

<iframe width="560" height="315" src="//www.youtube.com/embed/SxNeKlO4hF4" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Gambar Kejelitaan Peguam Negara Crimea


Ketika ini dunia antarabangsa melihat perkembangan Crimea setiap masa, tetapi ada lebih menarik menjadi perhatian dunia. Pekara itu adalah, seorang perempuan muda dan cantik Natalia Poklonskaya yang di lantik sebagai Peguam Negara Crimea yang baru.

Wanita cantik berambut perang ini telah dilantik minggu lalu, namun baru diperkenalkan secara rasmi dalam sebuah sidang akhbar pada Rabu (19/3/2014). Wajah ayu Natalia tersebar ke seluruh dunia setelah berakhir di sidang akhbar tersebut. Bahkan beberapa media antarabangsa meminta wawancara eksklusif dengannya.

Terpilihnya perempuan ini menjadi pendakwa agung Crimea juga menjadi salah satu topik popular di dunia maya. "Sekurang-kurangnya kini kita tahu kenapa Putin begitu menginginkan Crimea," kata seorang pengguna internet.

Kecantikan Wanita berusia 33 tahun itu, menyebabkan banyak seniman yang membuat gambar kartun manga peguam negara baru tersebut. Seorang artis amatur bahkan melukis gambar kartun Natalia semasa perjumpaan sidang akhbar tersebbut, lengkap dengan seragam rasmi pendakwaraya yang dikenakannya. 

"Jika digunakan dengan betul, kecantikan memang senjata yang mematikan," tulis pelukis itu di atas lukisan hasil karyanya. 

Menurut laman web Wikipedia, Natalia Poklonkskaya merupakan alumni Universiti Dalam Negeri di Yalta, Crimea. Selepas menamatkan pengajian, Natalia bekerja sebagai pendakwaya kes-kes alam sekitar. 

Natalia dipilih  PM Crimea Sergei Aksyonov selepas empat orang lelaki menolak jawatan itu. Natalia sejak awal dikenali loyal kepada Crimea dan kerajaan lama Ukraine. Dia bahkan menilai pergantian pemerintahan di Kiev adalah sebuah rampasan kuasa anti-perlembagaan.



Senin, 24 Maret 2014

Lingkaran Misteri Gunung Salji!

Seorang artis, Simon Beck sanggup menghabiskan masa selama beberapa jam untuk menghasilkan lingkaran misteri tanpa dibantu orang lain di sebuah pusat pelancongan yang menjadi tumpuan penggemar sukan luncur salji di Savoie, Perancis. Beberapa lingkaran misteri dihasilkannya mampu mencapai saiz sebesar enam buah padang bola sepak dan ia dihasilkan secara terbalik kerana proses yang rumit seperti perlu meredah laluan sukar serta bersalji.

“Saya menggunakan kompas untuk membuat lakaran dan titik utama corak lingkaran itu. Dan ia dihasilkan dengan hanya berjalan sambil memakai kasut salji,” katanya. 

Difahamkan, tujuan utama projek seni tersebut dilakukan adalah untuk menyembuhkan kakinya, iaitu dengan cara berjalan di atas salji. Jom kita tengok gambar menarik lingkaran misteri yang dihasilkan oleh Simon Beck di permukaan gunung salji.