Bismillah ArRahman ArRahim.Wallahullam, ALLAH Mengetahui Segalanya Secara Tepat.Peringatan Kepada Para Penyebar Hadis! .(Sila Share Dan Sebarkan).Seakan-akan menjadi satu kelaziman bagi sebahagian umat Islam yang apabila disebut sahaja sesuatu ucapan sebagai ‘hadis’ atau ‘al-Sunnah’ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, mereka terus sahaja menerimanya, mengamalkannya lalu menyebarkannya ke tengah-tengah masyarakat.
Dalam hadis yang yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 1209 baginda shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Dari al-Mughirah radhiallahu ’anhu, beliau berkata: Aku pernah mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya berdusta ke atas namaku tidaklah sama dengan berdusta menggunakan nama orang lain. Maka, sesiapa yang berdusta ke atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di neraka.
Berpandukan kepada hadis di atas, jelas kepada kita bahawa berdusta ke atas nama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Malah ia adalah suatu perkara besar yang sewajarnya dielakkan oleh sesiapa jua, mengingatkan ancaman yang dijanjikan kepada mereka yang berdusta ke atas nama baginda shallallahu ‘alaihi wasallam adalah sesuatu yang amat dahsyat iaitu berupa api neraka.
Perkara ini telah pun diulang-ulang oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam beberapa kali sebagaimana sabdanya dalam hadis yang lain. Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:[16]
Dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu’anhu, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Janganlah kamu berbohong atas (nama)ku! Sesungguhnya sesiapa yang berbohong atas (nama)ku, maka hendaklah dia masuk ke (dalam) neraka.
al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah (852H) menerusi kitabnya Fath al-Bari jilid 1, ms. 270 ketika mengulas hadis di atas, beliau berkata:
Ia mengenai setiap pendustaan ke atas Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan semua jenis pendustaan ke atas baginda. Maksudnya jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku).
Dalam riwayat yang lain:[17]
Daripada Abu Hurairah radhiallahu ’anhu bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: Sesiapa yang berdusta ke atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di neraka.
Menurut Abu Faidh Fashih al-Harawi rahimahullah (837H), ancaman tersebut tidak membezakan apakah pemalsuan hadis itu berisi tentang hukum, dorongan beramal (at-Targhib), mempertakuti agar orang-orang tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang agama (at-Tarhib), ataukah berisi nasihat-nasihat.[18]
Selanjutnya dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, no. 109 Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka.
Dalam lafaz yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad jilid 4, ms. 50, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Tidak seorang pun yang berkata atas (nama)ku dengan batil atau (dia mengucapkan) apa saja (perkataan) yang tidak pernah aku ucapkan, melainkan tempat tinggalnya di neraka.
Sebagaimana yang telah disentuh dalam hadis pertama di atas, pendustaan ke atas nama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah tidak boleh diserupakan dengan pendustaan ke atas selain baginda shallallahu ‘alaihi wasallam.
Ini kerana penyandaran sesuatu perkara ke atas baginda shallallahu ‘alaihi wasallam baik berupa perkataan, perbuatan mahupun persetujuan dimana baginda shallallahu ‘alaihi wasallam sedikitpun tidak terkait padanya tetap akan meletakkan seseorang itu kepada ancaman api neraka. Ini sekalipun penyandaran tersebut dilakukan di atas dasar niat dan tujuan yang baik atau hanya sekadar sangkaan cuma.
Perhatikan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan ulasan oleh para ulama yang mengikutinya di bawah ini: Dari Hafsh bin Ashim r.a, dia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:[19]
Cukuplah seseorang itu dikatakan sebagai pendusta kalau dia menceritakan semua yang dia dengar (tanpa mengkaji benar atau tidak).
al-Imam Ibnu Hibban rahimahullah ketika mengomentari hadis di atas berkata di dalam kitab adh-Dhu’afa’, jilid 1, ms. 33:[20]
Di dalam hadis ini ada ancaman bagi seseorang yang menyampaikan setiap apa yang dia dengar sehingga dia tahu dengan seyakin-yakinnya bahawa hadis atau riwayat itu sahih.
Hadith Qudsi
Ulama’ hadith mengatakan bahawa hadith Qudsi adalah perkataan Nabi S.A.W yg disebut dgn mengatakan Allah telah berfirman, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadanya.iaitu titah Allah yg disampaikan kepada Nabi
melalui jalan ilham atau mimpi,lalu Rasulullah menyampaikannya kepada ummat dgn perkataannya sendiri dan menyandarkannya pada Allah, sedang hadith2 lain tidak.
bahagian nama-nama hadith:
Hadith Mutawatir
hadith mengenai perbuatan atau perkataan atau taqrir Nabi S.A.W yg diketahui oleh beberapa org yg sampai kepada bilangan mutawatir - bilangan yg mustahil pd fikiran kita mereke akan muafakat buat dusta tentang hadith tu.
Hadith Masyhur atau Mustafidh
hadith yand diriwayatkan dari tiga sanad yg berlainan - iaitu hadith yg diriwayatkan kepada 3 org atau lebih,kepada lagi 3 orang atau lebih dan sterusnya sehingga sekurang-kurangnya dapat 3 sanad.[nota : sanad = jalan menyampaikan hadith]
Hadith Sahih
hadith yang sanadnya berhubung dari mula hingga akhirnya dan orang-orang yg meriwayatkannya ade sifat-sifat yang berikut :
1-adil- orang Islam yang baligh,beraqal, tidak buat dosa besar, tidak berterusan buat dosa kecil dan tidak buat perkara-perkara yang jatuhkan maruah dan kehormatan diri
2-Dabid- orang yang cukup kuat ingatan untuk ingat apa yang didengar dan mudah mengeluarkannya bila perlu, termasuk menulis hadith yang didengar dan disimpan sampai benar-benar sah diriwayatkan orang daripadanya.
3-Sejahtera dari keganjilan- sejahtera riwayatnya dari perbezaan dengan bertambah atau berkurangan pada sanad atau matan hadith jika dibandingkan dari riwayat orang-orang kepercayaan.
4-Sejahtera dari ‘illat - sejahtera dari sigar-sigar yang dapat meburukkan atau mencacatkan hadith.
hadith sahih boleh dijadi hujjah dalam hukum Islam.
Hadith Hasan
hadith yang sanadnya berhubung dari mula hingga akhirnya dan orang yang meriwayatkannya adil, sejahtera dari keganjilan dan ‘illat, tapi kurang dabidnya
*Hadith Hasan Sahih
hadith yang hasan lagi sahih
Hadith Da’if
hadith yang ada syarat hadith sahih tapi tiada syarat hadith hasan seperti rawinya bukan Islam, belum baligh,tak tahu orang bagaimana sifatnya,pelupa,pernah berdusta dan tak menjauhi perkara-perkara yang menjatuhkan maruah dan kehormatannya,ditambah lagi jika menyalahi riwayat orang yang lebih masyhur daripadanya.
Hadith Marfu
hadith yang disandarkan kepada Nabi S.A.W
Hadith Mauquf
fatwa atau kata-kata sahabat yang diriwayatkan kepada kita - iaitu kata-kata itu terhenti pada sahabat bukan pada Nabi. S.A.W
Hadith Mursal
perkataan seorang tabi’in yang sudah tentu tidak bertemu dengan Nabi S.A.W, tetapi riwayatnya langsung pada Nabi dengan tak melalui perantaraan sahabat.
Hadith Muttasil
hadith yang berhubung sanadnya, tiap-tiap yang meriwatkannya mendengar terus dari orang yang meriwayatkan kepadanya hingga sampai kepada Nabi S.A.W atau sahabat.
Hadith Mahfuz
hadith yang terpelihara - iaitu rawi itu orang yang dipercayai dan tak menyalahi golongan kepercayaan selain darinya dengan penampahan atau kurang.
Hadith Jayyid
hadith yang dikatakan baik dan sahih oleh ahli-ahli hadith.
Hadith Mujawwad dan Thabit
hadith yang sahih dan hasan. hadith sahih dan hadith hasan juga dinamakan hadith mujawwad dan hadith thabit
Hadith Maudu’
hadith palsu, yang hadith tersebut perkataan seseorang tetapi dikatakan hadith Nabi S.A.W.
0 komentar:
Posting Komentar