FIZIKAL DAN SPIRITUAL MANUSIA

KOK

Kamis, 27 Maret 2014

FIZIKAL DAN SPIRITUAL MANUSIA


Bismillah ArRahman ArRahim.Riwayat: Bukhari dan Muslim

Kategori: Akidah

Hadith: 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.

Huraian Hadith: 

i) Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual tersebut termasuklah akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, prilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati.
ii) Hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang merosakkan. Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki, tamak, pemarah, riya' dan sebagainya. Maka untuk membersihkan hati yang kotor hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah.Hadis Rasulullah saw tentang Iman

Dari Abu Hurairah, dia menceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda :

“ Sesungguhnya seorang mukmin jika dia mengerjakan satu perbuatan dosa, maka akan timbul noda hitam dalam hatinya. Jika dia bertaubat , menarik diri dari dosa itu dan mencari ridha Allah, maka hatinya menjadi jernih. Jika dosanya bertambah maka bertambah pula noda itu sehingga memenuhi hatinya. Itulah Ar-ran ( penutup ), yang disebut oleh Allah taala dalam firmannya.

Ibnu Jarir mengatakan berdasarkan dari Hadis diatas bahawa jika dosa itu telah bertumpuk dihati maka ia akan menutupinya, maka iman akan berkurangan dan ini yang dikatakan Allah mengunci mati hati mereka. Oleh itu maksiat akan menambah dosa dan sekecil-kecil dosa akan menutupi hati kita dari kebenaran. Solat tidak lagi khusyuk dan kita semakin malas menunaikan ibadah. Ulama telah menyatakan meningkatnya Iman adalah dengan bertambahnya kerajinan melakukan amalan solih dan meninggalkan perkara yang mendatangkan dosa. Berkurangnya keimanan adalah dengan bertambahnya melakukan maksiat dan semakin malas melakukan amalan solih.

Jangan menuruti kelakuan orang kafir.

Sudah jelas dimata, mereka melakukan pelbagai kemungkaran. Perzinaan, pakaian yang tidak menutup aurat, hiburan yang melampau, dan pelbagai lagi. Ini menambah dosa mereka kerana kekafiran mereka. Syaitan menguasai mereka hingga hati mereka tertutup dari melihat kebenaran. Oleh itu hayati dan ikuti sunnah dan jangan mencontohi mereka. Hindari hiburan-hiburan dan ideologi yang dibawa oleh mereka.

0 komentar:

Posting Komentar